MyMetroNode

Oleh Rizar Mohd Noor
rizar@hmetro.com.my
Johor Bahru
Kelibat dua pemain kebangsaan,
Zubir Azmi dan Nor Farhan Mohammad dikhabarkan ingin dan bersedia berkhidmat
bersama Johor Darul Ta'zim (Johor DT) pada musim depan.
Walaupun belum ada pengesahan
rasmi daripada Johor DT, pemain bek kiri dan penyerang Terengganu itu dikatakan
berada dalam perancangan skuad Harimau Selatan yang dibimbing ketua jurulatih
Bojan Hodak.
Selain itu, penjaga gol,
Selangor, Farizal Marlias dan S Kunanlan turut diintai Johor DT dalam usaha
memantapkan skuad itu menghadapi kempen Liga Malaysia (Liga M) dan Piala AFC
musim depan.
Presiden Persatuan Bolasepak
Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, persiapan rapi perlu
dirancang bagi memantapkan skuad itu dengan membawa masuk beberapa pemain
tempatan yang berkualiti.
"Buat masa ini saya enggan
ulas lanjut siapa pemain yang akan dibawa masuk sebaliknya akan mengumumkan
secara rasmi kelak."
Apapun keempat-empat pemain
import iaitu Luciano Figueroa, Jorge Pereyra Diaz, Marcos Antonio dan Hariss
Harun dikekalkan manakala beberapa pemain tempatan akan dibawa masuk termasuk S
Chanturu.
"Saya mahu memantapkan
posisi serangan, bek kiri dan penjaga gol kerana ketiga-tiga posisi perlu
diperkuatkan menghadapi saingan musim baru Liga M dan Piala AFC yang lebih
mencabar.
"Kami perlu mendaftar
seramai 30 pemain musim depan dan saya mahukan barisan terbaik untuk berusaha
mengekalkan kejuaraan Liga Super dan paling utama membawa nama negara
mengharungi Piala AFC," katanya.
Andai menjadi kenyataan, Zubir
bakal menguatkan posisi bek kiri tatkala skuad Harimau Selatan kini hanya
bergantung kepada Asaruddin Putra Omar dan Muhd Fazly Mazlan beraksi di posisi
itu.
Difahamkan corak permainan pantas
Zubir dan Nor Farhan yang sering mempamerkan aksi konsisten sepanjang saingan
Liga M menarik minat Johor DT namun belum ada kata putus.
"Musim depan lebih mencabar
dan kami perlu membuat persiapan rapi, malah dengan dibarisi pemain tempatan
yang mantap dan pemain import berkualiti, ia beri kekuatan kepada JDT untuk
beraksi saingan Liga M dan Piala AFC," kata Tunku Ismail.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Rabu, 15 Oktober 2014 @ 5:09 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan