ARKIB : 03/05/2002
PEMAIN pertahanan Terengganu,
Ghani Malik diberi rehat tiga minggu kerana sikunya terseliuh akibat terjatuh
dalam perlawanan Liga Perdana menentang Perak di Kuala Terengganu Rabu lepas.
Pengurus pasukan Terengganu Datuk
Che Mat Jusoh berkata Ghani dirawat di Hospital Kuala Terengganu pada malam itu
dan keadaannya kini baik.
Ghani dinasihatkan doktor supaya
berehat tiga minggu untuk membolehkan kecederaannya sembuh sepenuhnya, katanya
ketika dihubungi semalam.
Tambahan pula ketua pasukan, yang
juga pemain pertahanan, Zulharisham Awang telah boleh bermain selepas menjalani
penggantungan satu perlawanan. - Bernama
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0503&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_07.htm#ixzz4c9JtcnPS
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan