ARKIB : 09/12/2001
Oleh MOHD. TAUFEK RAZAK
PEMAIN tengah yang pernah
menjulang Perak layak ke akhir Piala Malaysia 2001, Azrul Amri Burhan kini
bukan lagi menjadi pemain kebanggaan skuad Seladang sebaliknya telah dilabelkan
sebagai pemain `derhaka' oleh Persatuan Bolasepak Perak (PAFA).
Malah kesabaran PAFA ke atas
pemain itu sampai ke penghujungnya apabila persatuan itu bercadang membawa kes
Azrul ke Lembaga Disiplin, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam menentukan
status dan nasibnya musim depan.
Keputusan itu dibuat Timbalan
Presiden PAFA, Datuk Jamal Nasir Rasdi semalam sebagai susulan daripada
tindakan Azrul yang mengambil keputusan menyertai TNB Kelantan bagi musim 2002
nanti.
``Azrul sepatutnya berbincang
dengan PAFA sebelum mengambil keputusan menyertai TNB Kelantan kerana dia masih
mempunyai kontrak sehingga akhir tahun ini.
``Apa yang dilakukan ternyata
tidak profesional kerana pergi begitu saja dan ini ternyata mencabar kewibawaan
PAFA yang telah menyokongnya mendapatkan tempat dalam skuad Seladang selama
ini, ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada
pemberita selepas majlis menandatangani kontrak dengan 17 pemain dengan
sebahagian besarnya merupakan pemain musim lalu kecuali dua pemain baru iaitu
bekas penjaga gol Negeri Sembilan, Hamsani Ahmad dan bekas pertahanan
Terengganu Rosaidi Wahab.
Pada majlis yang sama juga,
pemain Perak menerima wang insentif berjumlah RM10,000 setiap seorang daripada
kerajaan negeri Perak atas kejayaan muncul naib juara Piala Malaysia 2001 yang
baru lalu.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=1209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4bpvH1tS3
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan