ARKIB : 28/11/2002
PENYERANG Pulau Pinang, Hasmawi
Hassan kini sah menjadi milik Negeri Sembilan musim depan selepas dia
menandatangani perjanjian dengan Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS)
baru-baru ini, kata setiausaha persatuan itu, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid.
``Hasmawi menandatangani kontrak
untuk bermain dengan pasukan Negeri Sembilan selama setahun,'' katanya di
Seremban sebagai mengulas laporan sebuah akhbar harian semalam bahawa pemain
itu akan kekal bersama Pulau Pinang untuk musim depan.
Akhbar itu memetik Setiausaha
Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP), Junid Mohd. Noor sebagai berkata, desas
desus Hasmawi akan ke negeri asalnya Perlis terpadam apabila dia menandatangani
surat perjanjian yang ditawarkan oleh FAP.
Abdullah Sani yang berang dengan
laporan itu berkata, PBNS akan mengambil tindakan sewajarnya termasuk
undang-undang, jika laporan akhbar itu benar.
Beliau berkata jika laporan
akhbar itu benar, itu bermakna Hasmawi telah melanggari perjanjian yang telah
ditandatangani sebelum ini.
Katanya, PBNS akan merujuk kepada
Jawatankuasa Status Pemain FAM sebelum mengambil tindakan lanjut. - Bernama
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=1128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz4cPAmoCUJ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan