SUKAN»Bola
Rabu, 9 Oktober 2019 | 4:38pm

SYAFIQ Ahmad pada sidang media
pra perlawanan di Hanoi, hari ini. - Foto Mohd Yusni ariffin
Syafiq berada ditahap terbaik
robek gawang Vietnam
Daripada Mohd Fitrie Muhamad
mfitrie@bh.com.my
HANOI: “Aku yang dulu, bukanlah
yang sekarang!
Demikian kesimpulan yang boleh
mengambarkan misi besar skuad Harimau Malaya memburu kemenangan kedua dalam
kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 menentang Vietnam di Stadium
My Dinh, malam esok.
Sekali pun ranking dunia tuan
rumah lebih baik berbanding skuad kebangsaan dan rekod dua perlawanan terakhir
di venue berkenaan lebih memihak kepada Vietnam, penyerang Syafiq Ahmad
berasakan semua itu sudah boleh dikenang sebagai sejarah.
“Untuk perlawanan esok, saya
tidak pasti apa perbezaan antara yang sekarang dan ketika Piala AFF tahun lalu.
Tetapi sudah pasti ia akan jadi lebih baik untuk Malaysia dan juga Vietnam.
“Untuk yang sekarang, kami adalah
pasukan yang baharu malah cara bermain pun pasti berbeza,” katanya ketika
ditemui pada sidang media pra perlawanan di sini, hari ini.
Syafiq kini berada pada tahap
terbaik apabila meledak lima gol dalam tiga perlawanan terakhir di pentas
antarabangsa termasuk hatrik ketika membelasah Sri Lanka 6-0 di Stadium
Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.
Bagaimanapun, penyerang Johor
Darul Ta’zim (JDT) itu masih berasakan banyak lagi kerja yang perlu
dilakukannya, bermula dengan pertemuan dengan Vietnam malam esok.
“Saya sudah buat yang terbaik
sebelum ini, namun masih banyak kerja yang perlu saya lakukan,” katanya.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Rabu, 9 Oktober 2019 | 4:38pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan