MyMetroNode

Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
Shah Alam: Skuad Projek Sukan SEA negara kendalian Frank
Bernhardt sekadar berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan pada aksi
persahabatan antarabangsa bertemu Bawah-22 (B-22) Bahrain, di Stadium Shah Alam,
malam tadi.
Walaupun menguasai hampir 70 peratus permainan, Malaysia
dilihat sukar menembusi pertahanan lawan yang mempamerkan corak permainan
pantas dan keras.
Skuad negara yang memulakan sepak mula meraih sepakan
percuma pada minit kelima, namun tendangan Irfan Zakaria gagal disudahkan
dengan sempurna pemain sayap kiri negara, N Thanabalan.
Rembatan deras tonggak tengah pelawat, Mahdi Abdulfattah
pada minit ke-10 hampir menewaskan penjaga gol negara Syiuhan Hazmi apabila
percubaan dari luar kotak penalti menggegar palang gol sebelum tindakan susulan
Hazza Mubarak melambung tinggi.
Kesilapan ketua pasukan negara, Adib Zainuddin menahan
bola dengan kemas hampir membawa padah namun percubaan Duaij Adnan pada minit
ke-25 sedikit melewati palang gol.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Ogos 2016 @
7:53 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan