SUKAN»Bola
Sabtu, 19 Oktober 2019 | 11:14pm

Reaksi penyerang JDT, Syafiq Ahmad selepas meledak gol
ketika menentang Selangor pada saingan separuh akhir pertama di Stadium Larkin,
Johor Bahru, sebentar tadi. - NSTP/Hairul Anuar Rahim
JDT bawa bekalan tipis ke Shah Alam
Oleh Rizar Mohd Noor
sukanteam@nstp.com.my
JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta'zim (JDT) masih belum berada
dalam keadaaan selesa untuk memburu pentas final selepas sekadar menang tipis
2-1 menewaskan Selangor pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di
Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi.
Skuad Harimau Selatan akan membuat perhitungan pada aksi
di Stadium Shah Alam, Sabtu depan dan ia dijangka sengit tatkala skuad The Red
Giants memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri.
Pemain Selangor, Mohamad Fandi Othman diasak oleh pemain
JDT, Safawi Rasid di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, sebentar tadi. - Foto
BERNAMA
Pada perlawnanan tadi, JDT yang turun tanpa kelibat
penyerang import termahal, Diogo Luis Santo akibat kecederaan mempartaruhkan
Syafiq Ahmad mengemudi jentera serangan membentuk kombinasi bersama Safawi
Rasid dan Gonzalo Cabrera.
Tanpa kelibat Santo, barisan serangan tuan rumah tampak
berbisa apabila mengundang cemas buat benteng skuad The Red Giants menerusi
Syafiq yang bertindak solo merembat bola leret pada minit ke-11 namun hanya
sipi dari gawang gol.
Usaha berterusan Syafiq membuahkan hasil pada minit ke-14
selepas menyudahkan bola umpanan Leandro Velazquez walaupun cuba diasak penjaga
gol, Khairul Azhan Khalid untuk meletakkan tuan rumah mendahului 1-0.
Pemain pertahanan JDT, Mohd Azrif Nasrulhaq (kanan)
mengekang pemain Selangor, Mohd Syazwan Zainon di Stadium Larkin, Johor Bahru,
sebentar tadi. - NSTP/Hairul Anuar Rahim
Namun selang dua minit kemudian, anak didik B
Sathiananthan bangkit menyamakan kedudukan apabila Ifedayo Omosuyi yang berada
di dalam kotak penalti memperdaya Mauricio Nascimento sebelum merembat bola
tepat ke penjuru kanan menewaskan Farizal Marlias.
Gawang pelawat terselamat pada minit ke-30 selepas bola
rembatan deras Mohd Afiq Fazail di luar kotak penalti memaksa Khairul Azhan
melayangkan badan untuk menepis bola bagi mengelak dibolosi.
Bersambung babak kedua, tuan rumah kembali mendahului 2-1
pada minit ke-49 apabila gerakan dimulakan Mohd Afiq Fazail yang menolak bola
kepada Velazquez membolehkan pemain itu meledak rembatan kencang tepat ke
penjuru kanan menewaskan Khairul Azhan.
Mohd Azrif Nasrulhaq (depan) mengasak penyerang import
Selangor, Ifedayo Olusegun Patrick (tengah) di Stadium Larkin, Johor Bahru. -
NSTP/Hairul Anuar Rahim
Nasib tidak menyebelahi skuad The Red Giants pada minit
ke-70 selepas bola rembatan leret Omosuyi di luar kotak penalti sekadar singgah
ke tiang kiri gol malah rembatan susulan Khyril Muhymeen Zambri turut singgah
ke tiang sama dan kedudukan 2-1 memihak JDT kekal sehingga tamat perlawanan.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Sabtu, 19 Oktober 2019 |
11:14pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan