MyMetroArena

Digital Team
digitalteam@nstp.com.my
PEMAIN tengah Pahang, Nor Azam Azih tidak rela
dikecewakan Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila kedua-dua pasukan bertemu pada
aksi suku akhir pertama di Stadium Darul Makmur, malam ini.
Pemain berumur 23 tahun itu yang pulih daripada
kecederaan lutut kanan sedia untuk memastikan kemenangan buat skuad Tok Gajah.
“Kami sudah sedia untuk memastikan kemenangan berpihak
kepada Pahang sebagai bekalan selesa pada aksi suku akhir kedua apabila
bertandang ke Larkin nanti.
“Tetapi perlawanan pertama malam ini memerlukan kami
kekal fokus dan memanfaatkan segala peluang yang ada, sekali gus memberi
tekanan kepada lawan.
“Fokus utama adalah mengikut percaturan jurulatih (Dollah
Salleh) terutama tidak memberi ruang lawan menguasai perlawanan,” kata pemain
kelahiran FELDA Jengka 21, Pahang itu.
Nor Azam berkata, pencapaian konsisten dipersembahkan
Harimau Selatan dalam saingan Liga Super tidak akan mengganggu tumpuan skuad
itu untuk mencatat kemenangan selesa.
Justeru, katanya, kemenangan adalah matlamat utama dan
mengharapkan segala perancangan menjadi.
“Sokongan padu penyokong Pahang juga akan menambah lagi semangat
kepada kami untuk menghadiahkan kemenangan,” katanya.
Malam ini, dijangkakan 28,000 penyokong memenuhi Stadium
Darul Makmur menyaksikan perlawanan itu untuk menempah slot separuh akhir piala
berprestij itu.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 April 2018
@ 2:59 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan