Khamis, 23 Mac 2017

Effendi bersetuju berpindah ke Perlis



ARKIB : 05/07/2002
PENYERANG pasukan Negeri Sembilan, Effendi Malek akan beraksi untuk Perlis dalam Liga Malaysia tidak lama bagi meningkatkan prestasi skuad Singa Utara, lapor ABDULLAH HAMID

Pengurus Pasukan, Adzmi Saad berkata, penyerang itu telah bersetuju `dipinjamkan' ke Perlis menggantikan pemain import Tchekoura Moussa yang dikatakan tamat tempoh pasportnya.

``Effendi akan dapat dilihat beraksi untuk Perlis seawal perlawanan Piala Malaysia nanti selepas pasukan Negeri Sembilan tercicir ke peringkat itu,'' katanya di Kuala Perlis semalam.

Adzmi berharap dengan kehadiran Effendi, Perlis akan lebih mantap dan usaha mencapai kedudukan pasukan yang lebih baik dalam Piala Malaysia dapat diperbaiki di samping meningkatkan mutu skuad Singa Utara.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0705&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_07.htm#ixzz4cDg8PnsW
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan