Jumaat, 22 Januari 2021

Hadi Fayyadh ikrar beri terbaik bersama Azul Claro Numazu

MOHD HAFIZ ISMAIL | | 21 Januari 2021




Hadi Fayyadh.
PENYERANG muda kebangsaan, Hadi Fayyadh Abdul Razak berikrar memberikan persembahan terbaik bersama kelab baharunya, Azul Claro Numazu di J3 League.
Pemain kelab Divisyen 2 Jepun, Fagiano Okayama itu dipinjamkan ke kelab tersebut merupakan antara 10 pemain baharu bagi musim 2021.
Bagi pemain kelahiran Kuala Lumpur itu, dia tidak sabar untuk untuk memulakan aksi bersama Namazu dan berharap kariernya berjalan dengan baik.
“Saya akan melakukan yang terbaik untuk pasukan ini bagi menghargai peluang yang telah diberikan bersama pasukan ini. Saya tidak sabar bagi memulakan aksi bersama Numazu dan mengharapkan segala yang terbaik bagi musim 2021 ini.
Hadi Fayyadh antara 10 pemain baharu pasukan Azul Claro Numazu bagi musim 2021.
“Saya memilih jersi bernombor 27 selepas mendapat nasihat daripada (Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi) Hamada yang mencadangkan kepada saya untuk memilih nombor ini sebagai simbolik yang saya telah jadi lebih baik dari sebelum ini.
“Saya mengharapkan akan dapat beraksi bersama pasukan ini dan mengumpul minit bermain dengan lebih banyak,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Hadi Fayyadh diperkenalkan dalam satu majlis di Pusat Latihan Azul Clara Namazu yang berpangkalan di Wilayah Shizuoka.
Untuk rekod, keputusan untuk meminjamkan Hadi Fayyadh bersama kelab tersebut selepas pihak Fagiano Okayama melakukan perbincangan bersama dia sendiri dan Yakult Malaysia bagi mendapatkan minit perlawanan selain peluang beraksi yang lebih dalam saingan liga.
Ia juga bakal memberikan pengalaman yang berharga kepada Hadi Fayyadh.
sumber-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/120294/BERITA/Sukan/Hadi-Fayyadh-ikrar-beri-terbaik-bersama-Azul-Claro-Numazu© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rabu, 6 Januari 2021

Tekad Syahrul Azwari

| | 06 Januari 2021




SYAHRUL AZWARI
BEKAS pemain skuad Bawah 23 (B-23) tahun kebangsaan, Syahrul Azwari Ibrahim tekad untuk membantu Kelantan United FC (KUFC) berada dalam kelompok empat pasukan terbaik Liga Premier 2021 yang bermula 28 Februari ini.
Pemain kelahiran Tanah Merah, Kelantan itu mengakui teruja untuk kembali menabur bakti bersama negeri kelahirannya dan mendedahkan kurangnya peluang beraksi sewaktu bersama Kedah pada musim lalu menjadi faktor utama beliau bersetuju menyertai pasukan berkenaan.
Pemain berusia 27 tahun itu memaklumkan, keputusan kembali ke Kelantan turut didorong faktor tanggungjawab untuk menjaga ibu bapanya setelah jarang dapat pulang ke kampung halamannya disebabkan berkelana ke beberapa pasukan termasuk Kedah, Melaka dan Johor Darul Ta’zim II.
“Pengurusan Kelantan United juga membuatkan saya percaya mereka sememangnya sentiasa membantu pemain termasuk saya, dan melihat kepada pelan jangka panjang mereka, saya tahu saya boleh melakukan terbaik untuk pasukan,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia pada Selasa.
Dalam pada itu, Syahrul Azwari mengakui tidak sabar untuk beraksi bersama dengan dua pemain berpengalaman, Mohd Fitri Omar selain bekas pemain tengah kebangsaan Mohd Badhri Radzi yang sah menyarung jersi KUFC pada musim ini.
KUFC menamatkan saingan Liga Premier pada musim lalu di tangga kelapan daripada 12 pasukan menerusi kutipan 12 mata daripada 11 perlawanan (empat kemenangan dan tujuh kekalahan).
Pasukan berkenaan sah dibimbing bekas jurulatih Kuching City FC, Akira Higashiyama dari Jepun pada musim ini. - Bernama
SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/117771/BERITA/Sukan/Tekad-Syahrul-Azwari© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf