MyMetroArena
Syafiq Aznan
syafiq.aznan@nstp.com.my

SUBANG JAYA: Bek kanan Selangor,
Syahmi Safari enggan dibebani dengan tanda harga yang diletakkan ke atasnya
selepas dilabel ‘pemain RM6 juta.’
Sebaliknya, pemain berusia 21
tahun itu mahu menjadikan ‘label’ itu
sebagai pemangkin semangat bagi memperagakan persembahan yang menepati kriteria
seorang pemain yang layak memegang harga setinggi itu.
“Tiada tekanan dengan klausa
pelepasan itu kerana bagi saya, ia dapat menjadi motivasi bukan sahaja kepada
saya tetapi juga buat rakan seangkatan yang sama usia dengan saya.
“Saya berpandangan ini sebagai
satu inisiatif yang bagus daripada pihak pengurusan dan saya mengambil positif
perkara ini bagi memajukan lagi diri saya.
“Mungkin ketika ini rezeki saya
bersama Selangor dan ini juga komitmen jangka panjang saya untuk pasukan ini.
Apapun, saya akan memberikan yang terbaik demi Selangor,” katanya ketika
ditemui pada sesi latihan di Stadium Mini 3K, Subang Jaya, hari ini.
Tonggak pertahanan skuad
kebangsaan itu menandatangani kontrak selama lima tahun yang menyaksikan dia
akan kekal menyarung jersi Merah Kuning sehingga 2023.
Terdahulu, Persatuan Bolasepak
Selangor (FAS) bertindak awal sebelum menjadi mangsa ‘rundingan belakang’
apabila meletakkan klausa pelepasan ke atas semua pemain skuad Red Giants musim
ini.
Setiausaha Agung FAS, Dr Johan
Kamal Hamidon berkata, purata tanda harga yang perlu dibayar mana-mana pasukan
yang berminat mendapatkan khidmat pemain The Red Giants antara RM3 juta hingga
RM6 juta.
Katanya, antara pemain paling
bernilai sudah tentunya bintang muda mereka, Syahmi dengan klausa pelepasan RM6
juta.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Isnin, 7 January 2019 @ 6:56 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan