ARKIB : 14/09/2008
KUALA LUMPUR - Pemain tengah
berbakat negara, Hardi Jaafar terpaksa menangguhkan hasrat untuk bertukar
pasukan Liga Malaysia musim depan demi memberi tumpuan kepada cabaran Perak
dalam suku akhir pertama bola sepak Piala AFC di Ipoh, Selasa ini.
Katanya, masalah juga perlu
diketepikan buat sementara sekalipun ia mungkin mendorongnya mencari haluan
baru apatah lagi dengan beberapa pasukan di Lembah Klang mulai mengemukakan
tawaran mereka kepadanya.
''Kontrak saya dengan Perak ada
semusim lagi tetapi sukar hendak cakap sama ada mahu kekal atau berhijrah
dengan keadaan sekarang tetapi saya cuba fokus Piala AFC (menentang Safa SC
dari Lebanon di Stadium Perak).
"Mungkin selepas sejauh
mana cabaran Perak dalam Piala AFC nanti, barulah saya buat keputusan,"
katanya.
Hardi dan rakan senegeri, S.
Subramaniam dikecualikan daripada skuad negara yang mengunjungi Slovakia untuk
siri perlawanan persahabatan dari Selasa hingga 26 September ini.
Hardi, 29, yang kali terakhir
mewakili skuad negara pada perlawanan persahabatan menentang Chelsea di Shah
Alam, 29 Julai lalu, bagaimanapun enggan menamakan pasukan Liga M yang berminat
dan telah menghubungi untuk mendapatkan khidmatnya bagi musim baru mulai
Januari ini.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0914&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz50OSXPcjn
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan