MyMetroNode

Oleh Mohd Rafi Mamat
sukan@hmetro.com.my
Kuantan: Gagal mendapat tempat di
dalam kesebelasan utama sepanjang lima perlawanan Liga Super sebelum ini tidak
sedikitpun mematahkan semangat dan keyakinan pemain muda Tok Gajah Mohd Nor
Azam Azih untuk terus memburu posisi tengah yang pernah digalasnya sebelum ini.
“Saya menghormati keputusan
jurulatih Zainal Abidin Hassan yang mempunyai percaturan terbaik bagi
memastikan setiap perlawanan terus berpihak kepada Pahang yang kini dalam misi
menjulang Liga Super musim ini.
“Mungkin saya kurang berkesan mengemudi
bahagian tengah berbanding Hafiz Kamal, Azidan Sarudin dan Zesh Rehman yang
kini dilihat begitu serasi dan berkesan membentuk gandingan mantap dengan
jentera serangan.
“Saya tidak kecewa dan berkecil
hati walaupun tidak diturunkan pada lima perlawanan sebelum ini.
“Malah, sepanjang berada di
kerusi simpanan menjadi pembakar semangat kepada saya untuk terus berusaha
gigih memburu tempat dalam kesebelasan utama,” katanya.
Nor Azam yang sebelum ini membawa
cabaran skuad Harimau Muda B berkata, prestasi Tok Gajah yang kini mendahului
kedudukan carta Liga Super menambahkan lagi keinginannya untuk berada dalam
kesebelasan utama pada baki perlawanan.
Katanya, jika boleh dia ingin
merasa kepuasan membantu Tok Gajah mencatat kemenangan pada setiap perlawanan
seterusnya.
Menurut pemain kelahiran FELDA
Jengka 21, Maran itu, selepas gagal pada saingan Piala FA, peluang Tok Gajah
merangkul piala Liga Super musim ini kini semakin hampir selepas mencatat
keputusan membanggakan pada setiap perlawanan.
“Saya berharap musim pertama
bersama skuad Tok Gajah kali ini berakhir dengan kenangan manis sebagai pemain
yang menjadi pencetus kepada kejayaan merangkul Liga Super, seterusnya Piala
Malaysia hujung musim ini.
“Saya menaruh harapan tinggi
untuk beraksi pada perlawanan selepas ini... saya akan berusaha memperkemaskan
lagi hantaran dan percubaan ke kubu lawan selain tendangan percuma yang mampu
menghasilkan gol.
“Mungkin dengan cara itu akan
dapat memikat hati jurulatih (Zainal Abidin) yang sentiasa berusaha menyusun
strategi menjinakkan lawan dalam usaha mengekalkan kedudukan teratas Liga
Super,” katanya.
Sebagai pendahulu Liga Super,
Pahang kini memungut 33 mata meninggalkan Johor Darul Ta[zim (31) dan Perak
(27). Skuad Tok Gajah akan berdepan pasukan bertaraf kelab Sime Darby FC di
gelanggang lawan pada 1 Ogos ini.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Khamis, 23 Julai 2015 @ 9:30 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan