SUKAN»Bola
Rabu, 29 April
2020 | 11:19pm

Rosdi Talib
(kiri) ketika beraksi menentang pasukan China pada Piala Asia 2007. Foto -
Getty Images
Kelibat Rosdi
hantui Khyril Muhymeen
Oleh Syafiq
Aznan
syafiq.aznan@bh.com.my
KUALA LUMPUR:
Pemain sayap berpengalaman, Khyril Muhymeen Zambri mengakui Rosdi Talib sebagai
pertahanan kiri yang paling 'keras' pernah dihadapinya sepanjang beraksi di
Liga Malaysia (Liga M).
Pemain sayap
Selangor itu menyifatkan bekas pemain kebangsaan itu sebagai seorang pemain
yang bertenaga dan bijak mengenal pasti kekuatan serta kelemahan lawan.
Baginya,
pengalaman ketika berdepan Rosdi yang ketika itu mewakili Pahang serta T-Team
sebagai sesuatu yang berharga untuk meningkatkan lagi kualitinya sebagai pemain
sayap kanan.
"Ketika
di awal karier bersama Kedah, Rosdi pasti memberi kesukaran kepada saya untuk
mengatasi kawalannya setiap kali bertembung dengannya.
"Dia tahu
bagaimana hendak masuk melakukan asakan yang betul serta bijak dalam memberikan
tekanan kepada pemain lawan.
"Walaupun
saya bertemu Rosdi ketika penghujung karier, dia masih antara pertahanan kiri
terbaik yang saya pernah hadapi serta menjadi pengalaman paling berharga kerana
dapat bertemu pemain sepertinya," katanya.
Selain
kualitinya selaku pertahanan kiri, Rosdi juga mempunyai kemahiran yang baik
dalam melakukan sepakan percuma jarak jauh.
Rosdi menjadi
antara pemain dalam Pilihan Kesebelasan Utama Terbaik Khyril dengan bekas
pemain import Kedah pada 2004 hingga 2008, Cornelius Bernard Huggins dan bekas
pemain kebangsaan Norhafiz Zamani serta S Kunanlan melengkapkan barisan
pertahanan.
Penjaga gol
Pahang, Helmi Eliza Elias menjadi pilihan Khyril manakala Ashari Samsudin
mengisi bahagian sayap kiri diikuti Baddrol Bakhtiar di sebelah kanan dan
bahagian tengah dikemudi Nelson Sam Martin serta Safiq Rahim.
Dua penyerang
menjadi pilihan Khyril ialah dua bekas peledak Kedah, Marlon Alex James dan
Akmal Rizal Rakhli.[1]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan