Selasa, 29 Oktober 2019

Senyum tawar

MyMetroNode
 
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my

Shah Alam: Skuad Projek Sukan SEA negara kendalian Frank Bernhardt sekadar berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan pada aksi persahabatan antarabangsa bertemu Bawah-22 (B-22) Bahrain, di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Walaupun menguasai hampir 70 peratus permainan, Malaysia dilihat sukar menembusi pertahanan lawan yang mempamerkan corak permainan pantas dan keras.

Skuad negara yang memulakan sepak mula meraih sepakan percuma pada minit kelima, namun tendangan Irfan Zakaria gagal disudahkan dengan sempurna pemain sayap kiri negara, N Thanabalan.

Rembatan deras tonggak tengah pelawat, Mahdi Abdulfattah pada minit ke-10 hampir menewaskan penjaga gol negara Syiuhan Hazmi apabila percubaan dari luar kotak penalti menggegar palang gol sebelum tindakan susulan Hazza Mubarak melambung tinggi.

Kesilapan ketua pasukan negara, Adib Zainuddin menahan bola dengan kemas hampir membawa padah namun percubaan Duaij Adnan pada minit ke-25 sedikit melewati palang gol.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Ogos 2016 @ 7:53 AM

Piala Negara-Negara milik Thailand

MyMetroNode
 
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
Melaka: Hasrat skuad Projek Sukan SEA 2017 untuk muncul juara sulung Kejohanan Piala Negara-Negara terkubur apabila tewas tipis 1-2 kepada pasukan Bawah 21 (B-21) Thailand dalam aksi final di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

Skuad kendalian Frank Bernhardt yang dibarisi pemain B-21 gagal menyekat permainan pantas Thailand apabila mereka mengejutkan kem negara seawal minit kedua menerusi Worawut Namvech.

Bagaimanapun, pemain sayap negara Syamie Iszuan Amin kembali menyamakan kedudukan selepas dia bijak menyambut hantaran jauh Safawi Rasid pada minit ke-35.

Ketua pasukan Thailand, Chenrop Samphaodi muncul wira apabila dia menjaringkan gol kedua pada minit ke-79 untuk mereka menjuarai edisi ini.

Sementara itu, pada aksi terdahulu pasukan B-21 Vietnam meraih tempat ketiga apabila menumbangkan B-21 Singapura menerusi penentuan sepakan penalti 5-4 selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam masa sebenar.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Jun 2016 @ 12:20 AM

Kejutan Bernhardt


MyMetroNode
             
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Penyenaraian semula tonggak Kedah, Farhan Roslan ke dalam skuad akhir 27 pemain yang akan menggalas cabaran Malaysia di saingan Piala Negara-Negara bermula Jumaat ini, antara kejutan dibuat pengendali skuad Projek Sukan SEA 2017 Frank Bernhardt semalam.

Farhan yang diketepikan daripada menyertai latihan pusat sepanjang minggu lalu kerana kecederaan pangkal paha kembali mendapat kepercayaan Bernhardt selepas pakar fisioterapi mengesahkan pemain tengah itu sudah pulih sepenuhnya.

Katanya, selain mengumumkan semula kehadiran ‘Messi Kedah’ itu, beliau turut mengumumkan pengguguran enam pemain daripada senarai asal 33 pemain dengan pemain Pahang, Shah Amirul mengalami kecederaan lutut.

“Kami ada sedikit kejutan kerana Farhan disahkan pulih daripada kecederaannya oleh fisio pasukan, manakala Amirul pula mengalami kecederaan lutut.

“Kami turut menerima laporan Shah tidak dapat beraksi sekurang-kurangnya untuk tempoh dua minggu,” katanya semalam.

Selain Shah, lima lagi pemain yang terpaksa melupakan hasrat beraksi dalam Piala Negara-Negara ialah R Kogileswaran (Frenz United), N Thanabalan (Negeri Sembilan), Faizzudin Abidin (Selangor), Arif Fadzilah Abu Bakar (Terengganu II) serta G Thipenraj (MISC-MIFA).

“Saya menaruh kepercayaan terhadap semua pemain dan saya lihat mereka mempunyai kualiti yang baik.

“Namun, saya perlu katakan kami sudah mengadakan banyak latihan pusat dan perlu mengulang semula latihan dari aspek taktikal bagi membolehkan pemain kembali serasi dengan corak permainan yang diterapkan.

“Objektif kami bagi kejohanan ini ialah untuk menang. Bagaimanapun, kami perlu pastikan integrasi pemain baharu berjalan lancar bagi memperoleh gambaran lebih jelas mengenai kesebelasan terbaik,” tambahnya.

Malaysia bakal memulakan kempen kejohanan empat penjuru yang turut membabitkan Thailand dan Vietnam dengan menentang Singapura di Stadium Hang Jebat, Melaka, Jumaat ini.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Mei 2016 @ 9:33 AM

Isnin, 28 Oktober 2019

Strategi menjadi

MyMetroNode
 
Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Tiada apa yang mahu dikatakan jurulatih Skuad Projek Sukan SEA 2017 Frank Bernhardt selain memuji persembahan anak buahnya membenam skuad Bawah 22 Tahun (B-22) Filipina dengan 4-1 pada aksi persahabatan antarabangsa kelmarin.

Meskipun beliau tidak terlalu menekankan soal keputusan pada perlawanan pertama kendaliannya, apa yang dipamerkan skuad muda negara itu tetap mengikut strategi diterapkannya dalam latihan singkat sebelum ini.

“Ini hanya perlawanan ujian dan keputusan tidak terlalu penting. Jika mereka tunjukkan apa yang dipelajari dalam latihan, sudah pasti keputusan baik akan diperoleh.

“Sememangnya ini kemenangan yang bagus untuk saya memulakan tugas baru,” kata Bernhardt kepada pemberita pada sidang media selepas perlawanan kelmarin.

Dalam aksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi itu, skuad muda negara yang memulakan persiapan bagi menghadapi Sukan SEA di Kuala Lumpur tahun depan mendominasi sepenuhnya permainan.

Deretan peluang disia-siakan walaupun pasukan tuan rumah tetap berjaya menyumbat dua gol pada setiap babak menerusi Muhammad Arif Farhan Md Isa, S Kumaahran, N Thanabalan dan Farhan Roslan.

Biarpun jarang menyerang, Filipina B-22 masih mampu mencuri satu gol hasil sepakan penalti John Christopher Kanayama dan pertahanan negara sedikit goyah apabila berdepan serangan balas pantas pasukan lawan.

“Persembahan yang baik pada babak pertama, kami mencipta banyak peluang dan itu yang saya mahu lihat. Pada babak kedua kami melakukan banyak pertukaran jadi rentak permainan hilang.

“Kami juga berdepan masalah dengan serangan balas pantas lawan tapi akhirnya saya harus berikan pujian kepada semangat tinggi pemain,” kata Bernhardt.

Menurut jurulatih kelahiran Jerman itu, beliau akan menilai tahap prestasi pemain dan kemungkinan bersedia memberi peluang kepada mereka yang tidak beraksi kelmarin untuk beraksi menentang skuad kebangsaan Nepal dalam satu lagi aksi persahabatan di Paroi Ahad ini.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Mac 2016 @ 9:13 AM


Selasa, 22 Oktober 2019

KAPS PEMAIN BOLASEPAK MALAYSIA SELEPAS MENENTANG LAOS 8.10.2015


OLEH- AHMAD BIN YAAKOB.

NO
NAMA PEMAIN
UMUR
KAPS
GOL
1
KHAIRUL AZHAN KHALID
25
04
0
2
MATTHEW DAVIES
20
02
0
3
AMIRIDZDWAN TAJ TAJUDDIN
29
16
0
4
SHAHRUL SAAD
22
01
0
5
NASIR BASHARUDDIN
26
05
0
6
ISMAIL FARUQI  ASHARI
28
03
0
7
AIDIL ZAFUAN RADZAK
28
63
3
8
SAFIQ RAHIM
28
65
14
9
ADAM NOR AZLIN
19
00
0
10
SAFEE SALI
31
71
23
11
BADDROL  BAKHTIAR
27
36
4
12
HAZWAN BAKRI
24
07
3
13
MOHD RAZMAN ROSLAN
31
07
0
14
NAZIRUL NAIM CHE HASHIM
22
02
0
15
CHRISTIE JAYASEELAN
29
02
2
16
S.KUNALAN
28
66
0
17
AMRI YAHYAH
34
56
9
18
WAN ZACK HAIKAL  WAN NOR
24
14
3
19
AZAMUDDIN AKIL
30
36
5
20
HAFIZ KAMAL
28
08
0
21
ZUBIR AZMI
23
30
0
22
KHAIRUL FAHMI CHE MAT
26
37
0
23
IZHAM TARMIZI
26
01
0


Semangat 'Ale ale Tok Gajahku'

MyMetroArena
 
Digital Team
digitalteam@nstp.com.my
PEMAIN tengah Pahang, Nor Azam Azih tidak rela dikecewakan Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila kedua-dua pasukan bertemu pada aksi suku akhir pertama di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Pemain berumur 23 tahun itu yang pulih daripada kecederaan lutut kanan sedia untuk memastikan kemenangan buat skuad Tok Gajah.

“Kami sudah sedia untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Pahang sebagai bekalan selesa pada aksi suku akhir kedua apabila bertandang ke Larkin nanti.

“Tetapi perlawanan pertama malam ini memerlukan kami kekal fokus dan memanfaatkan segala peluang yang ada, sekali gus memberi tekanan kepada lawan.

“Fokus utama adalah mengikut percaturan jurulatih (Dollah Salleh) terutama tidak memberi ruang lawan menguasai perlawanan,” kata pemain kelahiran FELDA Jengka 21, Pahang itu.

Nor Azam berkata, pencapaian konsisten dipersembahkan Harimau Selatan dalam saingan Liga Super tidak akan mengganggu tumpuan skuad itu untuk mencatat kemenangan selesa.

Justeru, katanya, kemenangan adalah matlamat utama dan mengharapkan segala perancangan menjadi.

“Sokongan padu penyokong Pahang juga akan menambah lagi semangat kepada kami untuk menghadiahkan kemenangan,” katanya.

Malam ini, dijangkakan 28,000 penyokong memenuhi Stadium Darul Makmur menyaksikan perlawanan itu untuk menempah slot separuh akhir piala berprestij itu.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 April 2018 @ 2:59 PM